Manhaj Al-Azhar itu mementingkan tiga elemen utama :
1. "Dirayah" iaitu dengan menghadiri pengajian bersama para Sheikh yang ada di sini dalam pelbagai jenis ilmu agama kerana bermulanya pengajian di Al-Azhar ini dengan pengajian yang melengkapi pelbagai jenis ilmu sebelum berpecahnya kepada kuliah-kuliah yang ada sekarang ini. Samada pengajian di Universiti ataupun di Masjid.
2. "Riwayah" iaitu dengan mendapatkan sanad/ijazah/sijil daripada para Sheikh dalam pelbagai jenis ilmu. Ianya mestilah bagi kita dengan duduk dahulu bersama mereka sebelum mendapatkan "riwayah" itu.
3. "Tazkiyah" iaitu dengan mempelajari juga ilmu Tasauf. Sebaiknya adalah dengan mengambil salah satu "tariqat" yang ada di Bumi Mesir ini.
---------------------
From : Facebook Nur Zakaria El manarawy