วันอาทิตย์ที่ 9 ธันวาคม พ.ศ. 2555

DEKRI BARU, REFERENDUM MENGIKUT JADUAL KEJAYAAN TERBESAR DIALOG MURSI


DEKRI BARU, REFERENDUM MENGIKUT JADUAL KEJAYAAN TERBESAR DIALOG MURSI

Dialog kebangsaan yang dicadangkan oleh Presiden Mursi disifatkan berjaya apabila seramai 54 orang tokoh-tokoh yang mewakili pelbagai latar belakang parti dan pertubuhan menyahut seruan Mursi untuk menyelesaikan kemelut dalam negara. Dialog yang berlangsung lebih 8 jam itu, bermula jam 3 petang dan hanya berakhir sekitar jam 11
malam berlangsung di istana Presiden yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Mesir, Mahmoud Mekki.
Walaupun pada awalnya, kumpulan Barisan Penyelamat Mesir, gagasan yang diasaskan oleh Amru Musa, Hamdin Sobahi dan Mohammad El-Baradei menyeru agar dialog tersebut diboikot demi memastikan konflik ciptaan mereka berterusan.

Sekitar jam 11 malam, salah seorang wakil yang menyertai dialog, Dr.Salim 'Ewa, bekas calon yang bertanding Presiden Mesir dan juga anggota Panel Penggubal Perlembagaan membacakan keputusan perbincangan.

Antara keputusan yang dicapai:

1) Membatalkan dekri yang dikeluarkan pada 22 November lepas dan dalam masa yang sama segala keputusan yang dibuat akan diteruskan.

2) Kembali menyiasat jenayah pembunuhan penunjuk perasaan apabila lengkap bukti pendakwaan dan kembali dibicarakan mereka yang terlibat sekalipun mahkamah telah membebaskan mereka.

3) Jika rakyat tidak bersetuju terhadap draf perlembagaan pada referendum 15 Disember ini, maka Presiden Republik perlu membentuk kembali Panel Penggubal baru yang dipilih secara telus melalui rakyat dalam tempoh 3 bulan sebelum menjalankan tugas mereka dalam tempoh 6 bulan kemudian.

4) Mana-mana dekri atau dekri-dekri yang dikeluarkan sebelumnya tidak boleh dibantah atau dibicarakan di mana-mana mahkamah.

Dengan dekri baru ini, mereka yang hadir telah sepakat untuk meneruskan referendum seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada 15 Disember depan.

Persoalan, bagaimana jawatan Peguam Negara yang dilantik penjawat baru seperti termaktub dalam dekri 22 November serta kekebalan kepada Dewan Senat dan Panel Penggubal?

Jawapannya, ia tidak berbangkit kerana fasa (1) dekri baru ini menaskan "..dalam masa yang sama segala keputusan yang dibuat akan diteruskan." Ini bermakna, segala keputusan yang telah diambil termasuk pemecatan Abdul Majid Mahmoud dari jawatan Peguam Negara adalah sah dan akan berjalan sepertimana sebelum ini.

Walaupun hanya terdapat perubahan kecil dalam dekri baru, hakikatnya Mursi masih mempertahankan kedaulatan rakyat dan negara. Mursi tidak pernah berundur dari pendiriannya akan tetapi dekri baru ini sebagai inisiatif beliau untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku. Apatah lagi, ia disepakati oleh 54 orang tokoh yang hadir.

Kumpulan penentang Mursi akan terus menentang walaupun mereka mentohmah orang yang hadir dalam dialog semalam sebagai "pengkhianat revolusi dan negara". Adakah kerana Dr.Salim 'Awa hadir semalam, maka layak beliau digelar sebagai "pengkhianat"? Bagaimana dengan Al-Azhar, institusi agama tertua dan dihormati yang diwakili sendiri oleh Syeikh Azhar, Dr.Ahmad Toyyib dan Dr.Hasan Syafie, adakah mereka wajar dilabel "pengkhianat"? Sementara seorang lagi penentang Mursi, George Ishak pula mendakwa, dekri baru yang dikeluarkan hari ini dan lama yang dikeluarkan pada 22 November lepas tiada beza. Hanya Mursi menukarkan ayat, kata Ishak.

Hakikatnya, Mursi semakin kuat kerana dibelakang beliau sudah 54 orang yang mewakili pelbagai institusi menyokong dekri dan referendum yang akan berlangsung. Jangan dipandang lekeh sokongan rakyat kepada Dr.Salim 'Awa yang mempunyai ratusan ribu pengundi beliau dalam pilihanraya lepas. Dr.Aiman Nour, Amru Khalid yang mengasaskan Parti Mesir, 'Essam Sultan dan beberapa individu lain yang mereka mempunyai daya tarikan dan pengaruh masing-masing.

Cuma hanya Baradei, Sobahi dan Amru Musa yang masih berdegil.

Terima kasih kepada FB Ustaz"
Abdul Malik

SYEIKH HAZIM DAN PENYOKONG LANCAR KEMPEN "BERSIHKAN MEDIA"

SYEIKH HAZIM DAN PENYOKONG LANCAR KEMPEN "BERSIHKAN MEDIA"
  Syeikh Hazim Abu Ismail bersama penyokongnya dan kumpulan Dakwah Salafi meneruskan perkampungan di hadapan Pusat Pengeluar Media di bandar 6 Oktober dalam kempen "Bersihkan Media". Beliau telah bermalam di hadapan pusat tersebut beberapa malam dan menjadikannya sebagai 'tebusan' jika Istana Ittihadiyah diserang dan dicerobohi oleh kumpulan penentang Mursi.

Semalam, beliau berucap memberikan amaran kepada media-media dan tv satelit yang banyak menyerang Mursi dengan berkata "Katalah apa yang hendak kamu kata dengan serangan dan fitnah kamu, akan tetapi jika kamu melampau bagi menjatuhkan negara maka ini sama sekali tidak akan dibenarkan. Kritiklah dia (Mursi) sesuka hati kamu tetapi beradab. Jika tidak, kami akan memelihara kemuliaan negara kami dari sini dan kami tidak perlu menunggu arahan dari sesiapa untuk bertindak. Kebebasan mengkritik dan membangkang kepada Presiden perkara yang
diberikan dalam negara demokrasi tetapi ingat, sila hormati beliau (Mursi) sebagai seorang Presiden."

Syeikh Hazim menyeru penyokongnya untuk meneruskan perkampungan di hadapan pusat media tersebut dengan berkata, "Kita akan terus kekal di sini, jangan kalian tinggalkan tempat ini. Jangan berganjak sehingga Mesir kembali stabil," sambil menyeru kumpulan Islam lain menyertai kempen beliau itu.

Pusat Pengeluar Media, sebuah projek mega yang dilancarkan di zaman Mubarak. Di dalam bandar tersebut waktu ini beroperasi beberapa stesen televisyen yang kesemuanya menghalakan serangan ke arah Mursi
........................
Terima kasih kepada FB Ustaz"
Abdul Malik